Pages

Wednesday, January 5, 2011

UBAT: Anti Kemurungan

Pengenalan

Ubat antikemurungan (antidepresi) ialah ubat yang digunakan untuk melegakan tanda-tanda kemurungan. Ia juga mempunyai kesan penenang. Terdapat empat jenis ubat anti kemurungan iaitu:
  • Trisiklik (Tricyclic)
  • RIMAs (Reversible Inhibitors of Monoamine Oxidase type A)
  • SSRIs (Selective Serotonin Reuptake Inhibitors)
  • SNRIs (Serotonin and Noradrenaline Reuptake Inhibitors)

Bagaimana ia bertindak?

Kemungkinan besar ubat ini menambah aktiviti bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai pemancar neuro. Pemancar neuro menghantar isyarat dari satu sel otak kepada sel otak yang lain. Bahan kimia yang terbabit dengan kemurungan dikenali sebagai Serotonin dan Noradrenalin.

Bagaimana anda mengambil ubat ini?

  • Ambil ubat setiap hari seperti yang diarahkan. Jangan ubah dos ubat sendiri.
  • Kesan terapeutik ubat hanya boleh dilihat selepas dua minggu, jadi menunggu adalah penting.
  • Kesan sampingan ubat akan berkurangan setelah beberapa lama diambil.
  • Rujuk kepada doktor anda sekiranya kesan sampingan tidak disenangi. Doktor mungkin mencadangkan ubat dari jenis yang lain.

Kesan Mudarat

Trisiklik
    Kesan sampingan ubat trisiklik yang biasa adalah kering mulut, menggeletar, peningkatan degupan jantung, sembelit, mengantuk dan kenaikan berat badan. Di kalangan warga emas, ubat ini mungkin menyebabkan kekeliruan, kesukaran untuk membuang air kecil, rasa hendak pitam dan jatuh. Elak dari menggunakan trisiklik sekiranya anda mempunyai masalah jantung. Bagi kaum lelaki, mereka mungkin mengalami mati pucuk atau ejakulasi yang lambat.
RIMAs
    Elakkan mengambil ubat RIMAs dengan makanan yang mengandungi Tyramine (contoh: keju, minuman beralkohol, cokelat, dadih, sos soya) kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Jika anda mengambil ubat RIMA, doktor atau ahli farmasi akan memberikan anda senarai makanan yang perlu dielakkan.
SSRIs
    Kesan sampingan pada perut adalah biasa dan ianya berkait rapat dengan dos ubat. Ini termasuklah rasa mual, muntah, perut tidak selesa (dyspepsia), sakit perut, cirit birit, sembelit, tiada selera makan dan kehilangan berat badan. Terdapat juga kesan sampingan lain yang berkaitan dengan ubat ini.
    Sekiranya anda rasa kesan sampingan ini adalah disebabkan oleh SSRI yang anda ambil, sila sahkan dengan doktor atau ahli farmasi.
SNRIs
    Kesan sampingan ubat ini adalah serupa dengan SSRIs.

Langkah Berjaga-jaga

  1. Memandu atau menggunakan jentera
    Terdapat ubat antikemurungan yang menyebabkan kesan mengantuk dan melambatkan tindakbalas anda. Sila rujuk kepada doktor anda sekiranya pekerjaan anda melibatkan pengendalian mesin atau pemanduan.
  2. Gejala gian
    Ubat antikemurungan selalunya tidak menyebabkan ketagihan tetapi sesetengah orang mungkin mengalami gejala gian apabila mereka berhenti menggunakan ubat SSRIs or SNRIs. Kesannya termasuklah perut tidak selesa, gejala selsema, keresahan, pening, mimpi ngeri pada waktu malam dan mengalami sensasi seperti terkena kejutan elektrik. Bagi mengurangkan kesan sampingan ubat ini, doktor akan menurunkan dos ubat secara berkala. Jangan berhenti mengambil ubat ini secara mendadak.
  3. Golongan remaja
    Jika mendapat preskripsi doktor, Ubat SSRIs boleh diambil oleh golongan yang berumur di bawah 18 tahun, tetapi dengan lebih berhati-hati.
  4. Kehamilan
    Elakkan daripada menggunakan sebarang jenis ubat antikemurungan sewaktu hamil, terutamanya dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan kerana ia menyebabkan risiko kecacatan pada bayi yang bakal dilahirkan. Pada kebiasaannya rawatan alternatif akan dipertimbangkan kecuali dalam keadaan kemurungan yang teruk dan boleh mengancam nyawa ibu atau anak, penggunaan ubat anti kemurungan tidak dapat dielakkan.

Kaedah Penyimpanan

Simpan ubat anda di dalam bekas asal dan ditutup ketat. Simpan pada suhu bilik dan jauhkan daripada kanak-kanak, keadaan panas dan kelembapan yang melampau.

Arthritis

Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka. 
Jenis-jenis arthritis adalah:
  • Osteoarthritis (OA)
  • Rheumatoid Arthritis
  • Infectious arthritis
  • Polymyalgia rheumatica
Tanda-tanda dan gejala
  • Sakit sendi  (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
  • Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.
  • Kekerasan sendi.
  • Sakit di sekitar sendi.
  • Deformiti.
  • Krepitus semasa pergerakan (dalam OA).
  • Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
  • Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
    • sukar melakukan tugasan tertentu.
    • sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.
Faktor-faktor risiko osteoarthritis
  • Peningkatan umur
  • Kegemukan :
    • di kedua - dua sendi lutut yang mendapat OA
  • Keturunan:
    • terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.
  • Pergerakan yang keterlaluan.
  • Kecederaan sendi yang teruk:
    • Kepatahan tulang.
    • Koyak pada bahagian meniscus.
    • kerosakan pada ligamen
  • Pekerjaan:
    • OA sendi lutut dikalangan pekerja.
    • OA sendi paha di kalangan petani.
Perawatan
  • Perawatan OA melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangkan gejala dan memperbaiki fungsi sendi.
  • Ia melibatkan rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan.
  • Bagi kes-kes tertentu, pembedahan diperlukan.
Pendidikan pesakit
  • Pesakit yang mengidap OA perlu diberitahu tentang penyakit tersebut dan kesan jangka panjangnya perlu di bincangkan.
  • Pesakit yang memahami tentang penyakit tersebut dan kesannya akan dapat mengatasinya dengan lebih baik dan kurang mengadu sakit.
  • Matlamat utama adalah untuk menanam sikap yang positif.
Penurunan berat badan
  • Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan harus berazam mengurangkan berat badan.
  • Penurunan berat badan akan mengurangkan kesakitan OA sendi lutut.
  • Penurunan 5 kg berat badan akan mengurangkan tekanan keatas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi setiap langkah.
Fisioterapi
  • Fisioterapi perlu dimulakan secepat mungkin untuk memperbaiki pergerakan sendi. meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan kesakitan dan mencegah hilang upaya.yang berlarutan.
  • Semua pesakit perlu mengambil bahagian didalam program senaman untuk menggerakan sendi-sendi dan menguatkan otot-otot sekelilingnya.
Program senaman
  • Program senaman perlu di khususkan untuk setiap individu.
  • Gabungan senaman termasuk pergerakkan, meningkatkan kekuatan dan senaman aerobik berintensiti rendah yang bersesuaian.
Terdapat 2 jenis program senaman:
  • Senaman gerakan sendi dan senaman meningkat kekuatan.
  • Senaman isometrik adalah di galakan pada mulanya, diikuti dengan senaman berrintangan yang menggabungkan rangkaian senaman. Senaman ini perlu dilakukan setiap hari.
  • Program aerobik
    • Senaman aerobic yang di galakan adalah termasuk berjalan 30 minit 3 kali seminggu, berbasikal, berenang, menari aerobic dan terapi dalam air.
Perlindungan sendi
- Alat bantuan berjalan
  • Bagi OA sendi paha dan lutut, penggunaan tongkat di sebelah bertentangan mengurangkan tekanan keatas sendi-sendi tersebut sebanyak 50%.
  • Gunakan tongkat yang sesuai ketinggiannya.
  • Bahagian atas pemegang tongkat harus sampai kepergelangan tangan pesakit apabila beliau berdiri.
  • Kasut yang selesa dan penyerap retakan adalah digalakkan.
- Alat sokongan pada lutut
  • Penggunaan alat sokongan lutut boleh mengurangkan bebanan kepada lutut yang bermasalah "degenerative".
- "Taping" pada Tempurung lutut
  • Bagi OA petello-femoral, "Taping" pada bahagian medial tempurung lutut dan diikuti oleh senaman otot peha (quadriceps) boleh mengurangkan sakit dan memulihkan fungsi.
- Kaedah-kaedah mengurangkan kesakitan
  • Kaedah terapi haba
    • Kaedah terapi haba mungkin berguna untuk mengurangkan sakit, meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan bengkak.
    • Kaedah terapi haba ini menggunakan bag tuam panas, Short Wave Diathermy dan ultrasound.
    • Terapi haba tidak digalakan untuk sakit sendi yang akut.
  • Kaedah Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS)
    • TENS berkesan menghilangkan sakit jika digunakan selama lebih 4 minggu.
    • Gabungan intensiti yang tinggi dan mod ledakan yang kuat adalah berkesan.
PEMULIHAN CARAKERJA
  • Pemulihan carakerja membantu dalam mengurangkan hilangupaya aktiviti harian melalui penggunaan alatan yang diubahsuai.
Indikasi penggunaan alat sokongan (Splinting)
  • Alat sokongan digunakan untuk memulihkan fungsi, membetulkan posisi sendi atau deformiti dan mengurangkan sakit.
Contoh: Alat sokongan perlindungan tangan (carpo-metacarpal) dan alat sokongan meluruskan sendi lutut.
  • Ubahsuaian kasut
    • Pengubahsuaian kasut termasuk meninggikan tumit dan penggunaan alat-alat sokongan bahagian tapak kaki.
  • Pengurusan tekanan
    • Sakit selalunya adalah gabungan kekejangan otot dan tanda-tanda tekanan.
    • Jurupulih carakerja akan mengajar teknik dan aktiviti relaksasi yang terancang yang boleh membantu mengurangkan sakit.
  • Pesakit mungkin perlu mengatur semula aktiviti-aktivitinya supaya sakit yang keterlaluan dapat diatasi.
Terapi Ubatan
Jenis-jenis terapi ubatan
Ubat makan
Pemberian ubatan untuk wargatua
  • Fungsi buah pinggang dan hati menurun apabila umur meningkat.
  • Dengan itu adalah penting untuk lebih berhati-hati semasa pemberian ubatan penahan sakit yang sering digunakan bagi wargatua.
  • Panadol atau Paracetamol terbukti lebih kurang sama berkesan dengan ibuprofen untuk mengawal kesakitan dan perlu diberi keutamaan berbanding Ubat Antiradang Tanpa Steroid (NSAIDs).
  • Ubat Penghalang COX-2 didapati berkesan sama seperti Ubat Antiradang Tanpa Steroid malah kurang kesan sampingan gastrik.Kebelakangan   ini ianya terbukti selamat untuk jantung.
  • NSAIDs perlu digunakan secara berhati-hati kerana kesan sampingannya seperti gastric, gangguan fungsi buahpinggang, bengkak kaki dan merangsang lemah jantung bagi sesetengah individu.
  • Tramadol pula boleh menyebabkan sembelit dan kekeliruan dikalangan wargatua jika tidak berwaspada.
Terapi suntikan dalam sendi
Kaedah terapi ini hanya boleh dilakukan oleh pegawai perubatan yang terlatih sahaja.
Ubatan yang digunakan untuk suntikan dalam sendi adalah:
    • Glucocorticoids
    • Hyaluronan
Ubatan sapu
    • Topical NSAIDs
    • Methylsalicylate liniment (LMS)
    • Capsaicin
    • NSAID-mengandungi plaster berubat sebagai pilihan lain bagi rawatan arthritis.
Lain-lain
    • Glucosamine
      • Glucosamine soleplate berguna untuk mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi sendi bagi pesakit dengan OA ringan dan sederhana.
      • Ia dapat menghentikan penipisan ruang antara sendi dan mengubah kesan jangkapanjang penyakit.
Pilihan Pembedahan
  • Jika rawatan ubatan gagal iaitu sakit berterusan, rawatan pembedahan boleh dipertimbangkan.
Pengukuran yang diambilkira untuk memilih kaedah pembedahan terbaik:
  • Kebarangkalian untuk berjaya dengan kaedah yang dipilih.
  • Komplikasi-komplikasi kaedah tersebut.
Sebelum membuat pilihan kaedah pembedahan terbaik untuk pesakit, factor-faktor berikut perlu diambil kira;
  • Umur pesakit.
  • Sendi yang terlibat.
  • Masa sesuai untuk pembedahan.
  • Kepakaran dan kemahiran yang ada.
- Pilihan pembedahan termasuk:
  • Arthroscopic debridement
  • Ligamentous reconstruction
  • Osteotomy
  • Unicompartmental arthroplasty
  • Total joint arthroplasty
  • Arthrodesis
Pembedahan penukaran sendi sepenuhnya adalah pilihan terbaik bagi yang berumur melebihi 60 tahun.
Arthroscopic debridement
  • Kaedah ini melegakan sementara gejala OA lutut yang ringan ke sederhana tetapi ia tidak dapat membetulkan proses degenaratif.
  • Pesakit perlu di beritahu dengan jelas komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku dan pembedahan rekonstruktif seterusnya jika perlu.
Ligamentous reconstruction of the knee joint
  • Tujuan utama kaedah ini adalah untuk mengurangkan sakit dan memulihkan kestabilan sendi.
  • Pesakit perlu diberi kaunseling bahawa prosedur ini bertujuan untuk menyelamatkan sendi dari kerosakan.
Osteotomy
  • Tujuan utama osteotomy adalah untuk mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi sendi.
  • Osteotomy juga digunakan bagi sendi pinggul untuk menghilangkan gejala dan melambatkan pembedahan definitif.
Unicompartmental arthroplasty
  • Secara tradisi, kaedah pembedahan ini digunakan untuk pesakit yang mengalami arthritis sendi lutut yang melibatkan satu bahagian khusus dikalangan pesakit berumur melebihi 60 tahun dan tidak aktif.
  • Juga bermenafaat bagi pesakit yang mengalami deformiti sendi yang ringan dan sederhana serta sendi lutut tidak longgar.
  • Teknik ini adalah susah dan dilaporkan berjaya dilakukan di pusat rawatan cemerlang.
Total joint arthroplasty
  • Pembedahan menggantikan sendi sepenuhnya adalah pembedahan utama untuk osteoarthritis sendi lutut, pinggul dan bahu.
  • Kebanyakan pesakit tidak lagi sakit dan mempunyai fungsi sendi yang hampir normal selepas berjaya di bedah.
  • Penukaran sendi sepenuhnya bertahan selama 15 tahun atau lebih bergantung kepada tahap aktiviti fizikal.
Arthrodesis
  • Prosedur ini terbukti berkesan mengurangkan sakit dan kebanyakannya dilakukan keatas sendi tulang belakang, sendi pergelangan tangan, tangan dan kaki.
  • Bagi sendi lutut dan pinggul ianya cuma bertujuan untuk menyelamatkan sendi tersebut.
PENCEGAHAN PERINGKAT PRIMA
  1. Pencegahan prima boleh menjadi kenyataan jika semua faktor-faktor risiko di ubah.
  2. Kebanyakan faktor-faktor risiko ini adalah penting bagi sendi-sendi yang menampung berat badan.
  3. Mengelakkan kegemukan, penurunan berat badan dan pendidikan Kesihatan mengenai teknik penjagaan dan perlindungan sendi termasuk dari kecederaan adalah digalakkan sebagai langkah pencegahan.
  4. Adalah penting jika individu berisiko tinggi di kenalpasti untuk pencegahan awal.

Hepatitis B

Apakah Hepatitis B?
Hepatitis B boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Ia adalah penyakit hati terbanyak di Malaysia .
Simptom-simptom hepatitis, biasanya muncul selepas 25 ke 180 hari setelah dijangkiti. Simptom-simptom termasuk juga sengal sendi dan otot-otot. Bagaimanapun, setengah-tengah individu tiada simptom-simptomnya.
Jangkitan virus Hepatitis B tidak macam Hepatitis A, ia boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirosis hati. 
Di Malaysia, bilangan penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan lagi atau semasa kecil, ini menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik.
Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis B?
  • Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV . 
  • Tinggal bersama dalam rumah dengan individu dijangkiti. 
  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti . 
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental).
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan .
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.
Hepatitis B tidak merebakkan dalam bentuk makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa.
Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis B ?
Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis B . 
Runding dengan doktor. 
Doktor akan menilai dan memeriksa anda . 
Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis B dan ujian ultrasound organ hati. 
Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan. 
Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu kemasukan ke hospital. Kalau tidak,anda lihat dan rawatan lanjut oleh doktor di klinik. 
Anda perlu berjumpa dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus boleh dirawat.
Rawatan untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalam bentuk pil dan suntikan.
Walau bagaimanapun setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi mesti dilihat di klinik kerana keadaannya boleh berubah dan memerlukan rawatan terutama kompilasi kanser hati. 
Melindungilah keluarga dan orang yang tersayang.
  • Anda patut memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan ahli teman serumah untuk membuatkan ujian Hepatitis B. Jikalau mereka positif, mereka mesti runding dengan doktor, jikalau mereka negatif, untuk mencegah boleh mendapat vaksin.
  • Amalkan hubungan seks yang selamat .
  • Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku, gunting .
  • Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah masuk ke dalam beg plastik. Balut luka itu dengan plaster.
  • Jikalau mengandung, bayi anda akan diberi dua suntikan ( Pertama, vaksin hepatitis B dan kedua suntikan immungloblin) semasa baru lahir dan vaksin yang selengkap masa lain. sepenuh
Penjagaan sendiri:
  • Anda amalkan cara hidup yang sihat.
  • Anda perlu menjauhi alkohol.
  • Anda tidak mengambil pil-pil dan ubat-ubat rawatan tanpa beritahu doktor anda mengidap hepatitis.
  • Anda patut mendengar nasihat doktor.  

Human Papilloma Virus (HPV)


Apakah Kanser Servik ? 
Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.

Apakah Human Papilloma Virus (HPV) ? 
HPV adalah penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.

Apakah pelalian HPV ? 
Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :
 

Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan ketiga - 6 bulan dari suntikan pertama.

Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Kenapa Anak Gadis 13 Tahun Saya Perlu Mendapatkan Pelalian HPV ? 
Anak gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang.

Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun.

Di Mana Anak Gadis Saya Boleh Mendapatkan Pelalian HPV ? 
Jika anak gadis anda bersekolah, pelalian akan diberi di sekolah. Jika anak gadis anda tidak bersekolah, dapatkannya di klinik kesihatan.
 

Bagaimana Sekiranya Anak Gadis Saya Yang Tidak Termasuk Di Dalam Kumpulan Sasar Ini Hendak Mendapatkan Pelalian ? 
Pelalian ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1 dan/atau berumur 13 tahun pada tahun semasa. Bagi golongan yang tidak termasuk dalam kumpulan yang disasarkan, pelalian ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta dengan kadar caj tertentu.

Apakah Peranan Saya Sebagai IbuBapa/Penjaga ? 
Beri persetujuan bertulis untuk melayakkan anak anda menerima pelalian secara percuma. Pastikan anak anda melengkapkan tiga suntikan pelalian secara percuma. 3 suntikan pelalian boleh memberi perlindungan optima untuk gadis anda dari jangkitan HPV.

Siapa Yang Akan Memberi Suntikan ? 
Suntikan akan diberikan oleh anggota kesihatan yang bertauliah dan terlatih.

Adakah Vaksin Ini Halal? 
Vaksin ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Adakah Anak Gadis Saya Akan Mengalami Masalah Selepas Disuntik ? 
Pelalian ini adalah selamat. Seperti pelalian lain, anak gadis anda mungkin mengalami sakit atau bengkak di tempat suntikan. Sekiranya, anak gadis anda mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan.

Adakah Pelalian Ini Akan Menyebabkan Anak Saya Mandul ? 
Tidak. Pelalian ini tidak menyebabkan kemandulan.

Apakah Keadaan Yang Tidak Membolehkan Anak Gadis Saya Diberi Pelalian HPV ? 
Anak anda tidak akan diberi pelalian atas sebab-sebab berikut : 
  • Pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
  • Pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.
  • Hamil.

Apakah Tindakan Saya Jika Anak Saya Terlepas Tarikh Temujanji Pelalian ? 
Jika anak anda tidak sihat atau tidak hadir ke sekolah pada hari pelalian, tarikh temujanji baru akan diberi oleh anggota Kesihatan.

Maklumat tambahan : 
Maklumat tambahan berkaitan pelalian HPV boleh didapati melalui :
 
  • Doktor atau anggota Kesihatan di sekolah atau di klinik.
  • Layari www.myhealth.gov.my atau www.moh.gov.my.
  • Hubungi Hotline HPV : 1 - 800 - 88 - 1478 

Wednesday, December 22, 2010

PERSOALAN demi PERSOALAN

NOTA BE DA BAD...ri 2 aq da terbaca something yang menarik kat SATU BLOG..
Dan buat aku terpikir-pikir...harap korang pun akan terpikir macamnan aku telah terpikir...
JODOH....!!! ikutilah kisah ni k...---- >

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…
Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…….

TAMAT

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.