Toksin Botulinum merupakan sejenis toksin yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium botulinum. Sebanyak 7 jenis toksin botulinum telah dikenalpasti, iaitu jenis A, B, C (C1, C2), D, E, F dan G. ?Sindrom Botulisme? akan berlaku sekiranya seseorang termakan makanan yang telah dicemari bakteria berkenaan. Sindrom tersebut juga boleh berlaku akibat daripada kolonisasi oleh bakteria dalam sistem penghadaman bayi, ataupun daripada jangkitan pada luka. Sindrom Botulisme pada manusia biasanya disebabkan oleh bakteria jenis A, B, E, dan kadang-kala F; manakala jenis C and D hanya akan membawa kesan kepada binatang sahaja. Botox® adalah jenama bagi produk toksin botulinum jenis A yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium botulinum. Toksin yang terdapat dalam produk tersebut telah mengalami proses penulenan. Walaupun toksin tersebut akan menyebabkan keracunan dalam kuantiti besar, namun sekiranya diberi dalam kuantiti yang kecil melalui injeksi secara terus ke otot-otot tertentu dalam badan, Botox® menghalang isyarat kimia melalui saraf yang menyebabkan otot mengecut. Apabila ini berlaku, otot tersebut tidak dapat mengecut, kedutan tidak akan terbentuk dan permukaan kulit nampak lebih licin. Di Malaysia, Botox® boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis masalah kesihatan seperti:-
Botox® diberi melalui rawatan injeksi oleh pegawai kesihatan professional. Injeksi tersebut disuntik ke dalam otot yang terlibat untuk merawat masalah penegangan otot dan kedut. Manakala untuk merawat masalah peluh berlebihan, ubat tersebut disuntik ke dalam kulit. Dos, bilangan injeksi, bahagian badan yang akan disuntik, dan kekerapan rawatan yang diperlukan bergantung kepada keadaan pesakit dan respons setiap individu selepas menerima rawatan tersebut. Bagi kebanyakan kes, kesan rawatan akan mula kelihatan dalam tempoh beberapa hari hingga 2 minggu, dan kesan tersebut akan kekal untuk tempoh lebih kurang 3 hingga 6 bulan. Kesan sampingan yang mungkin berlaku semasa/setelah menerima injeksi toksin botulinum adalah rasa sakit semasa menelan (dysphagia), kesulitan bertutur (dysphonia), keletihan, dan kesusahan bernafas. Kesan sampingan lain yang mungkin, tetapi jarang berlaku adalah keresahan, sakit belakang, demam, selsema, sakit leher, ruam kulit, dan sebarang perubahan yang boleh dilihat pada permukaan kulit. Laporan kesan advers mendapati bahawa sesetengah kesan sampingan akan timbul sehari selepas menerima rawatan dan ada juga yang hanya timbul beberapa minggu setelah menerima rawatan. Sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan yang serius ataupun berlanjutan, sila hubungi doktor ataupun ahli farmasi anda dengan segera. Pada September 2005, satu kertas kerja telah diterbitkan dalam Journal of American Academy of Dermatology, FDA melaporkan terdapat 28 kes kematian berkaitan dengan penggunaan Botox® telah berlaku antara 1989 hingga 2003. Namun, kes-kes kematian tersebut bukanlah disebabkan oleh penggunaan untuk tujuan kosmetik. Pada 8 Februari 2008, FDA telah mengumumkan bahawa penggunaan Botox® "ada kaitan dengan beberapa kes kesan advers termasuklah kegagalan sistem pernafasan dan kematian, berikutan penerimaan pelbagai rawatan dan dos berlainan". Kes tersebut berlaku kerana ubat ini boleh menyerap ke bahagian badan lain selain daripada bahagian otot/kulit yang menerima injeksi. Terdapat juga beberapa kes kematian yang berhubung kait dengan penggunaan Botox® palsu. Botox® mestilah digunakan dengan nasihat doktor sahaja. Produk ini boleh membahayakan jika disalahgunakan. Pastikan doktor yang berkelayakan dalam bidang perubatan dermatologi, telinga, hidung dan tekak (otolaryngology) ataupun surgeri plastik dan doktor tersebut mempunyai pengalaman dalam memberikan rawatan Botox®. Doktor yang bertauliah dapat memberikan nasihat berkenaan dengan prosedur terlibat dan dapat menentukan sama ada produk tersebut adalah sesuai untuk kegunaan dan kesihatan anda. Kini terdapat dua jenis produk toksin botulinum yang telah berdaftar di Malaysia, iaitu Botox® dan Dysport®, masing-masing mempunyai nombor pendaftaran MAL19970915A dan MAL20000731A. Kedua-dua jenis produk tersebut mengandungi toksin botulinum jenis A. Pada Januari 2008, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan telah menerima laporan kesan advers ubat (ADR) di mana pesakit mengalami demam dan kesusahan bernafas lima jam selepas menerima injeksi Dysport®. Sebelum menggunakan ubat ini, anda perlu memaklumkan kepada doktor atau ahli farmasi anda mengenai semua ubat dan produk kesihatan herba yand sedang diambil, terutamanya sesetengah ubat antibiotik, ubat cair darah, ubat untuk penyakit Alzheimer's, ubat untuk myasthenia gravis dan quinidine. Kebelakangan ini, Bahagian Penguatkuasa Farmasi telah menjalankan pemeriksaan secara berkala terhadap premis tertentu untuk memastikan produk toksin botulinum yang digunakan adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia. Sesiapa yang didapati melanggar undang-undang boleh didakwa bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dengan denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Semakan Akhir : 06 November 2009 |
Wednesday, January 5, 2011
Botox
Viagra tu apa??
Apakah dia Viagra?
Viagra merupakan sejenis produk yang mengandungi sildenafil yang tergolong dalam ubat jenis phosphodiesterase (PDE )inhibitors
Apakah kegunaan Viagra?
Viagra digunakan dalam rawatan kegagalan ereksi ataumati pucuk. Keadaan ini berlaku apabila seseorang tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar semasa aktiviti seks.
Sekiranya anda mengambil Viagra sebagai rawatan untuk kegagalan ereksi, anda perlu tahu bahawa Viagra tidak menyembuhkan kegagalan ereksi atau meningkatkan nafsu seks.
Viagra hanya boleh diperolehi melalui preskripsi doktor sahaja.
Bagaimanakah ia berfungsi?
Viagra berfungsi dengan merehatkan saluran darah pada zakar apabila ghairah. Ini membenarkan darah mengalir ke zakar, seterusnya membolehkan anda mendapat ereksi secara semulajadi.
Apakah dos untuk Viagra?
Dos Viagra untuk dewasa adalah sebanyak 50mg dan diambil satu kali sehari, satu jam sebelum aktiviti seks. Dos boleh bertambah kepada 100mg atau dikurangkan kepada 25mg. Dos maksima yang boleh diambil adalah 100mg sebanyak satu kali sehari. Dos permulaan bagi orang dewasa yang berumur 65 tahun ke atas ialah sebanyak 25mg dan boleh bertambah kepada 50 hingga 100 mg bergantung kepada keberkesanan dan kesesuaian.
Bagaimanakah cara pengambilan Viagra?
Ambil Viagra mengikut arahan doktor. Doktor akan menentukan dos yang bersesuaian bergantung kepada keadaan serta respons anda.
Ambil viagra satu jam sebelum anda melakukan aktiviti seks. Telan ubat tersebut dengan segelas air.
Jangan ambil viagra melebihi dari satu kali dalam sehari.
Ikut arahan yang diberikan oleh doktor dan ahli farmasi anda dengan betul.
Tempoh yang diambil untuk Viagra menunjukkan kesan adalah berbeza bagi setiap individu, tetapi lazimnya mengambil masa di antara setengah jam ke satu jam untuk bertindak. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk bertindak sekiranya diambil bersama makanan berat. Viagra hanya akan berkesan apabila anda berasa ghairah.
Apakah langkah berhati-hati yang perlu diambil sebelum mengambil viagra?
Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi anda tentang perkara berikut:
- Sebarang alahan kepada ubat-ubatan atau apa-apa jenis bahan (cthnya. makanan, pengawet, pewarna)
- Sebarang ubat-ubatan yang diambil (ubat preskripsi dan supplemen)
- Anda mempunyai masalah jantung dan saluran darah
- Anda mengalami masalah hilang penglihatan secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua belah mata.
- Anda mengalami masalah kesihatan seperti berikut: kencing manis, masalah ginjal atau hati, leukimia, multiple myeloma, sebarang masalah atau kecacatan pada pangkal zakar, masalah pendarahan, ulser perut dan rabun warna.
- Sekiranya anda menerima sebarang rawatan untuk mati pucuk
- Sekiranya anda mempunyai lain-lain masalah kesihatan
Langkah Beringat: Pengambilan bersama lain-lain Ubat
- Maklumkan kepada ahli farmasi/doktor anda sekiranya anda mengambil lain-lain ubat termasuklah ubat-ubatan yang dibeli tanpa preskripsi dari farmasi, pasaraya atau kedai makanan kesihatan
- JANGAN AMBIL VIAGRA SEKIRANYA ANDA MENGGUNAKAN UBAT YANG MENGANDUNGI NITRATE UNTUK RAWATAN ANGINA (ubat untuk sakit dada)
- JANGAN AMBIL UBAT 'AMYL NITRATE' (DIKENALI SEBAGAI 'POPPERS' SEMASA ANDA MENGAMBIL VIAGRA)
- Sesetengah ubat mungkin akan bertindakbalas dengan viagra. Sebagai contoh: Cimetidine, antifungal ketoconazole dan itraconazole), antibiotik (contohnya erythromycin dan rifampicin). Dapatkan nasihat dari ahli farmasi atau doktor anda.
Apakah kesan sampingan Viagra?
Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi segera sekiranya anda mendapati simptom berikut menjadi lebih teruk atau tidak sembuh
- Sakit kepala, pening
- Flushing (rasa panas pada bahagian muka, leher dan dada)
- Masalah penghadaman
- Hidung tersumbat
- Perubahan pada penglihatan seperti penglihatan menjadi kabur, penglihatan menjadi biru, atau peka terhadap cahaya
- Cirit-birit
- Jangkitan pada saluran kencing
- Ruam
Sekiranya anda mengalami sebarang simptom yang merisaukan, segera berjumpa doktor anda.
Apakah keadaan yang di mana pengambilan viagra adalah tidak dibenarkan
- Anda menggunakan amyl nitrate
- Anda mempunyai masalah jantung atau saluran darah yang menyebabkan aktiviti seks adalah tidak digalakkan
- Anda mempunyai alahan kepada sildenafil
- Anda mempunyai masalah hati yang teruk
- Anda hilang penglihatan pada sebelah atau kedua-dua belah mata
- Anda mempunyai penyakit pada mata yang dikenali sebagai retinitis pigmentosa
UBAT :Ubat Antikeresahan
Pengenalan
- Ubat antikeresahan ialah ubat preskripsi untuk menenangkan pesakit yang mengalami keresahan yang terlampau, dan untuk merangsang tidur (sedatif atau alat bantu tidur).
- Jenis ubat yang selalu digunakan ialah benzodiazepin.
- Ianya bertujuan untuk kelegaan jangka pendek bagi keresahan yang terlampau.
Ubat Preskripsi
Benzodiazepines
Ubat benzodiazepin yang sering digunakan untuk merawat keresahan ialah:- Alprazolam (Xanax), Diazepam (Valium) and Lorazepam (Ativan).
Benzodiazepin menggantikan barbiturat memandangkan potensi penyalahgunaan, kesan sampingan dan masalah interaksi benzodiazepin yang rendah (kelebihan dos barbiturat adalah punca utama kematian).
Jangkamasa tindakan
Benzodiazepin terbahagi kepada beberapa kumpulan bergantung kepada jangkamasa tindakan.
- Jangkamasa pendek (contohnya Alprazolam)
- Bertindak kurang dari enam jam
- Kesan ubat yang berpanjangan adalah sedikit sekiranya diambil sebelum tidur, tetapi kesukaran tidur mungkin berulang dan menyebabkan keresahan di kala terjaga dari tidur.
- Berkesan untuk mengatasi masalah kesukaran untuk tidur
- Jangkamasa sederhana (contohnya Temazepam)
- Bertindak selama 6-10 jam
- Kesan ubat yang berpanjangan adalah sedikit
- Kesukaran tidur yang berulang jarang berlaku
- Jangkamasa panjang (contohnya Lorazepam)
- Kesan sedatif yang kuat dan berpanjangan
- Pengumpulan ubat dalam badan boleh berlaku
- Jangkamasa penyingkiran ubat berbeza di antara individu terutamanya warga emas
- Biasanya ia lebih berkesan untuk membantu keresahan berbanding sebagai alat bantu tidur atau sedatif.
Alprazolam
Digunakan sebagai antikeresahan lebih dari digunakan sebagai ubat tidur, walaupun ia mempunyai jangkahayat yang pendek.
Lorazepam
Berpotensi untuk memudaratkan lagi keadaan lupa dan keliru.
Bukan pilihan terbaik untuk kegunaan jangka panjang bagi warga emas disebabkan kesan pelupa
Mungkin pilihan terbaik untuk jangka pendek bagi pesakit muda yang tidak mengambil minuman beralkohol memandangkan ubat ini kurang memberikan kesan sedatif.
Kesan sampingan
- Mengantuk, koordinasi otot tidak seragam, kekeliruan, gayat, dan gangguan pertimbangan adalah kesan sampingan yang biasa dialami.
- Benzodiazepin mungkin mengganggu keupayaan untuk memandu dan mengendalikan jentera. Kesan gangguan ini semakin buruk sekiranya diambil bersama dengan minuman beralkohol memandangkan kedua-duanya bertindak pada sistem saraf pusat.
- Pengambilan benzodiazepin bersama alkohol boleh menyebabkan kematian.
- Kesan ubat benzodiazepin jangkamasa panjang juga boleh berpanjangan sehingga keesokan harinya.
- Penggunaan benzodiazepine yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah keresahan yang dialami lebih teruk samada orang itu mempunyai sejarah psikiatrik atau tidak.
Kesan Mudarat
2 jenis kesan mudarat mungkin berlaku disebabkan penggunaan berpanjangan ubat anti keresahan:
- Kesan kebergantungan
- Ubat ini boleh menyebabkan kesan kebergantungan sekiranya diambil secara berterusan selama 2 minggu.
- Kesan gian
- Pemberhentian mendadak pengambilan ubat anti keresahan boleh mengakibatkan reaksi yang teruk dan berpotensi mengancam nyawa, seperti juga kesan gian dari alkohol menyebabkan kecelaruan.
- Tempoh kesan gian di kalangan ubat berbeza-beza. Dalam tempoh 12 hingga 24 jam yang pertama, seseorang itu mungkin berasa cemas, gelisah, terketar-ketar dan lemah.
- Sawan mungkin terjadi pada mereka yang mengambil dos yang tinggi. Kadang-kadang, sawan boleh berlaku 1 hingga 3 minggu selepas pemberhentian ubat.
- Gejala gian benzodiazepin boleh berlaku bila-bila masa sehingga tempoh 3 minggu setelah pemberhentian ubat jangkamasa panjang, tetapi boleh berlaku dalam tempoh beberapa jam sahaja dengan ubat jangkamasa pendek.
- Kesan-kesan lain yang boleh berlaku sewaktu pemberhentian ubat termasuklah penyahidratan, kecelaruan, tidak boleh tidur, kekeliruan, dan halusinasi (melihat atau mendengar tentang benda yang tiada disitu).
Langkah Berjaga-jaga
Jangan tingkatkan dos atau mengambil lebih dari yang disarankan oleh doktor.
Walaupun kemungkinan kerosakan hati adalah kecil apabila ubat diambil pada dos yang telah disarankan, ianya masih perlu dipertimbangkan pada setiap individu, terutama mereka yang mengambil ubat-ubatan lain termasuklah ubat penahan sakit dan/ atau alkohol
Arahan Khusus
- Makan ubat bersama makanan atau susu sekiranya berlaku ketidakselesaan perut. Toleransi terhadap ubat menyebabkannya kurang berkesan dengan penggunaan yang berpanjangan.
- Jangan berhenti mengambil ubat ini tanpa kebenaran doktor.
- Dos ubat anda mungkin perlu direndahkan sekiranya anda telah mengambilnya untuk satu tempoh yang lama.
Maklumat Am
- Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda mengenai sejarah pengubatan terutamanya penyakit hati atau ginjal, alahan ubat.
- Alkohol atau jenis ubat sedatif lain akan mengakibatkan rasa amat mengantuk. .
- Hadkan pengambilan alkohol.
- Warga emas adalah lebih sensitif terhadap kesan ubat ini. Guna dengan berhati-hati.
- Ubat ini tidak disyorkan sewaktu hamil. Bincanglah dengan doktor anda mengenai risiko dan manfaat ubat ini.
- Ubat ini mungkin meresap ke dalam susu badan, sila rujuk doktor anda sebelum menyusukan anak anda.
Kaedah Penyimpanan
- Memandangkan ubat ini sering disalahgunakan, kaedah penyimpanannya perlu diberi lebih perhatian.
- Jangan campur ubat ini dengan ubat-ubatan lain.
- Simpan ditempat yang sejuk, kering dan jauh dari kanak-kanak.
UBAT: Antipsikotik
Pengenalan
- Antipsikotik adalah kelas ubat yang digunakan untuk merawat psikosis (penyakit mental yang menyebabkan perubahan personaliti dan tidak peka dengan realiti).
- Ubat-ubatan ini juga dikenali sebagai 'neuroleptik'.
- Ubat-ubatan ini memberi kesan kepada sistem perhubungan khas yang membenarkan komunikasi antara sel-sel otak dan membolehkan otak berfungsi secara normal.
- Hasilnya, pesakit akan dapat pulih dari gejala psikotik dan melalui kehidupan yang normal semula.
Jenis-jenis Antipsikotik
- Antipsikotik Tipikal (juga dikenali sebagai antipsikotik generasi pertama):
- Phenothiazines (Chlorpromazine "Largactil®", Thioridazine "Melleril®", Fluphenazine, Perphenazine, Prochlorperazine "Stemetil®", Trifluoperazine "Stelazine®").
- Butyrophenones (Haloperidol)
- Thioxanthenes (Flupenthixol "Fluanzol®", Zuclopenthixol "Clopixol®")
- Benzamides yang diubah (Sulpiride)
- Antipsikotik Atipikal (juga dikenali sebagai antipsikotik generasi kedua):
- Clozapine (Clozaril®)
- Olanzapine (Zyprexa®)
- Risperidone (Risperdal®)
- Quetiapine (Seroquel®)
- Aripiprazole (Abilify®)
- Ziprasidone (Geodon®)
- Sertindole (Serlect®)Clozapine
Kesan Sampingan
Kesan sampingan yang dikaitkan dengan Antipsikotik termasuklah :
- Kesan sampingan Ekstrapiramidal:
- Kejang dan menggeletar (gejala Parkinson) – biasa berlaku secara beransur-ansur pada pesakit dewasa atau warga tua
- Pergerakan muka dan badan yang tidak normal –biasanya pada kanak-kanak atau remaja
- Perasaan tidak selesa –boleh berlaku selepas pengambilan dos yang tinggi
- Pergerakan beritma tidak terkawal pada lidah, muka dan rahang – biasanya berlaku selepas rawatan jangka panjang atau dengan dos ubat yang tinggi
- Kesan sampingan yang lain
- Peningkatan selera makan
- Pertambahan berat badan
- Perubahan paras gula dalam darah lalu meningkatkan risiko kencing manis
- Kehilangan sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit
- Mengantuk
- Tekanan darah rendah
Langkah Berjaga-jaga
Antipsikotik harus digunakan dengan berhati-hati dalam keadaan :
- Kerosakan hati
- Kerosakan ginjal
- Masalah jantung
- Penyakit Parkinson
- Epilepsi (sawan)
- Kemurungan
- Myasthenia gravis (masalah fungsi otot disebabkan otot menjadi lemah)
- Pembesaran prostat
- Glaukoma
Peringatan
- Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor
Maklumat Am
- Sebelum mengambil ubat ini, sila maklumkan kepada doktor tentang sejarah perubatan terutama tentang penyakit hati atau ginjal serta alahan kepada ubat
- Gabungan ubat kumpulan ini dengan alkohol atau ubat-ubatan jenis sedatif yang lain boleh menyebabkan kesan mengantuk yang kuat
- Hadkan pengambilan alkohol
- Guna dengan berhati-hati ke atas warga tua kerana mereka lebih terdedah kepada kesan sampingan ubat ini
- Perlu perhatian yang lebih kepada mereka yang mengandung
- Bincang tentang risiko dan kebaikan menggunakan ubat ini dengan doktor anda
- Maklumkan kepada doktor anda jika anda menyusukan anak kerana dos ubat perlu diubah
Kaedah Penyimpanan
- Kaedah penyimpanan perlu diberi lebih perhatian kerana ubat jenis ini selalu disalahguna
- Jangan campurkan ubat ini dengan ubat-ubatan lain
- Simpan ubat di dalam tempat yang sejuk, kering dan sukar dicapai oleh kanak-kanak
UBAT: Anti Kemurungan
Pengenalan
Ubat antikemurungan (antidepresi) ialah ubat yang digunakan untuk melegakan tanda-tanda kemurungan. Ia juga mempunyai kesan penenang. Terdapat empat jenis ubat anti kemurungan iaitu:
- Trisiklik (Tricyclic)
- RIMAs (Reversible Inhibitors of Monoamine Oxidase type A)
- SSRIs (Selective Serotonin Reuptake Inhibitors)
- SNRIs (Serotonin and Noradrenaline Reuptake Inhibitors)
Bagaimana ia bertindak?
Kemungkinan besar ubat ini menambah aktiviti bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai pemancar neuro. Pemancar neuro menghantar isyarat dari satu sel otak kepada sel otak yang lain. Bahan kimia yang terbabit dengan kemurungan dikenali sebagai Serotonin dan Noradrenalin.
Bagaimana anda mengambil ubat ini?
- Ambil ubat setiap hari seperti yang diarahkan. Jangan ubah dos ubat sendiri.
- Kesan terapeutik ubat hanya boleh dilihat selepas dua minggu, jadi menunggu adalah penting.
- Kesan sampingan ubat akan berkurangan setelah beberapa lama diambil.
- Rujuk kepada doktor anda sekiranya kesan sampingan tidak disenangi. Doktor mungkin mencadangkan ubat dari jenis yang lain.
Kesan Mudarat
Trisiklik
Kesan sampingan ubat trisiklik yang biasa adalah kering mulut, menggeletar, peningkatan degupan jantung, sembelit, mengantuk dan kenaikan berat badan. Di kalangan warga emas, ubat ini mungkin menyebabkan kekeliruan, kesukaran untuk membuang air kecil, rasa hendak pitam dan jatuh. Elak dari menggunakan trisiklik sekiranya anda mempunyai masalah jantung. Bagi kaum lelaki, mereka mungkin mengalami mati pucuk atau ejakulasi yang lambat.
RIMAs
Elakkan mengambil ubat RIMAs dengan makanan yang mengandungi Tyramine (contoh: keju, minuman beralkohol, cokelat, dadih, sos soya) kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Jika anda mengambil ubat RIMA, doktor atau ahli farmasi akan memberikan anda senarai makanan yang perlu dielakkan.
SSRIs
Kesan sampingan pada perut adalah biasa dan ianya berkait rapat dengan dos ubat. Ini termasuklah rasa mual, muntah, perut tidak selesa (dyspepsia), sakit perut, cirit birit, sembelit, tiada selera makan dan kehilangan berat badan. Terdapat juga kesan sampingan lain yang berkaitan dengan ubat ini.
Sekiranya anda rasa kesan sampingan ini adalah disebabkan oleh SSRI yang anda ambil, sila sahkan dengan doktor atau ahli farmasi.
SNRIs
Kesan sampingan ubat ini adalah serupa dengan SSRIs.
Langkah Berjaga-jaga
- Memandu atau menggunakan jenteraTerdapat ubat antikemurungan yang menyebabkan kesan mengantuk dan melambatkan tindakbalas anda. Sila rujuk kepada doktor anda sekiranya pekerjaan anda melibatkan pengendalian mesin atau pemanduan.
- Gejala gianUbat antikemurungan selalunya tidak menyebabkan ketagihan tetapi sesetengah orang mungkin mengalami gejala gian apabila mereka berhenti menggunakan ubat SSRIs or SNRIs. Kesannya termasuklah perut tidak selesa, gejala selsema, keresahan, pening, mimpi ngeri pada waktu malam dan mengalami sensasi seperti terkena kejutan elektrik. Bagi mengurangkan kesan sampingan ubat ini, doktor akan menurunkan dos ubat secara berkala. Jangan berhenti mengambil ubat ini secara mendadak.
- Golongan remajaJika mendapat preskripsi doktor, Ubat SSRIs boleh diambil oleh golongan yang berumur di bawah 18 tahun, tetapi dengan lebih berhati-hati.
- KehamilanElakkan daripada menggunakan sebarang jenis ubat antikemurungan sewaktu hamil, terutamanya dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan kerana ia menyebabkan risiko kecacatan pada bayi yang bakal dilahirkan. Pada kebiasaannya rawatan alternatif akan dipertimbangkan kecuali dalam keadaan kemurungan yang teruk dan boleh mengancam nyawa ibu atau anak, penggunaan ubat anti kemurungan tidak dapat dielakkan.
Kaedah Penyimpanan
Simpan ubat anda di dalam bekas asal dan ditutup ketat. Simpan pada suhu bilik dan jauhkan daripada kanak-kanak, keadaan panas dan kelembapan yang melampau.
Arthritis
Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka.
Jenis-jenis arthritis adalah:
- Osteoarthritis (OA)
- Rheumatoid Arthritis
- Infectious arthritis
- Polymyalgia rheumatica
Tanda-tanda dan gejala
- Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
- Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.
- Kekerasan sendi.
- Sakit di sekitar sendi.
- Deformiti.
- Krepitus semasa pergerakan (dalam OA).
- Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
- Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
- sukar melakukan tugasan tertentu.
- sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.
- Peningkatan umur
- Kegemukan :
- di kedua - dua sendi lutut yang mendapat OA
- Keturunan:
- terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.
- Pergerakan yang keterlaluan.
- Kecederaan sendi yang teruk:
- Kepatahan tulang.
- Koyak pada bahagian meniscus.
- kerosakan pada ligamen
- Pekerjaan:
- OA sendi lutut dikalangan pekerja.
- OA sendi paha di kalangan petani.
- Perawatan OA melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangkan gejala dan memperbaiki fungsi sendi.
- Ia melibatkan rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan.
- Bagi kes-kes tertentu, pembedahan diperlukan.
- Pesakit yang mengidap OA perlu diberitahu tentang penyakit tersebut dan kesan jangka panjangnya perlu di bincangkan.
- Pesakit yang memahami tentang penyakit tersebut dan kesannya akan dapat mengatasinya dengan lebih baik dan kurang mengadu sakit.
- Matlamat utama adalah untuk menanam sikap yang positif.
- Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan harus berazam mengurangkan berat badan.
- Penurunan berat badan akan mengurangkan kesakitan OA sendi lutut.
- Penurunan 5 kg berat badan akan mengurangkan tekanan keatas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi setiap langkah.
- Fisioterapi perlu dimulakan secepat mungkin untuk memperbaiki pergerakan sendi. meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan kesakitan dan mencegah hilang upaya.yang berlarutan.
- Semua pesakit perlu mengambil bahagian didalam program senaman untuk menggerakan sendi-sendi dan menguatkan otot-otot sekelilingnya.
- Program senaman perlu di khususkan untuk setiap individu.
- Gabungan senaman termasuk pergerakkan, meningkatkan kekuatan dan senaman aerobik berintensiti rendah yang bersesuaian.
Terdapat 2 jenis program senaman:
- Senaman gerakan sendi dan senaman meningkat kekuatan.
- Senaman isometrik adalah di galakan pada mulanya, diikuti dengan senaman berrintangan yang menggabungkan rangkaian senaman. Senaman ini perlu dilakukan setiap hari.
- Program aerobik
- Senaman aerobic yang di galakan adalah termasuk berjalan 30 minit 3 kali seminggu, berbasikal, berenang, menari aerobic dan terapi dalam air.
- Bagi OA sendi paha dan lutut, penggunaan tongkat di sebelah bertentangan mengurangkan tekanan keatas sendi-sendi tersebut sebanyak 50%.
- Gunakan tongkat yang sesuai ketinggiannya.
- Bahagian atas pemegang tongkat harus sampai kepergelangan tangan pesakit apabila beliau berdiri.
- Kasut yang selesa dan penyerap retakan adalah digalakkan.
- Alat sokongan pada lutut
- Penggunaan alat sokongan lutut boleh mengurangkan bebanan kepada lutut yang bermasalah "degenerative".
- "Taping" pada Tempurung lutut
- Bagi OA petello-femoral, "Taping" pada bahagian medial tempurung lutut dan diikuti oleh senaman otot peha (quadriceps) boleh mengurangkan sakit dan memulihkan fungsi.
- Kaedah-kaedah mengurangkan kesakitan
- Kaedah terapi haba
- Kaedah terapi haba mungkin berguna untuk mengurangkan sakit, meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan bengkak.
- Kaedah terapi haba ini menggunakan bag tuam panas, Short Wave Diathermy dan ultrasound.
- Terapi haba tidak digalakan untuk sakit sendi yang akut.
- Kaedah Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS)
- TENS berkesan menghilangkan sakit jika digunakan selama lebih 4 minggu.
- Gabungan intensiti yang tinggi dan mod ledakan yang kuat adalah berkesan.
- Pemulihan carakerja membantu dalam mengurangkan hilangupaya aktiviti harian melalui penggunaan alatan yang diubahsuai.
Indikasi penggunaan alat sokongan (Splinting)
- Alat sokongan digunakan untuk memulihkan fungsi, membetulkan posisi sendi atau deformiti dan mengurangkan sakit.
Contoh: Alat sokongan perlindungan tangan (carpo-metacarpal) dan alat sokongan meluruskan sendi lutut.
- Ubahsuaian kasut
- Pengubahsuaian kasut termasuk meninggikan tumit dan penggunaan alat-alat sokongan bahagian tapak kaki.
- Pengurusan tekanan
- Sakit selalunya adalah gabungan kekejangan otot dan tanda-tanda tekanan.
- Jurupulih carakerja akan mengajar teknik dan aktiviti relaksasi yang terancang yang boleh membantu mengurangkan sakit.
- Pesakit mungkin perlu mengatur semula aktiviti-aktivitinya supaya sakit yang keterlaluan dapat diatasi.
Jenis-jenis terapi ubatan
- Ubat makan
- Suntikan dalam sendi
- Ubat sapu
- Lain-lain
Pemberian ubatan untuk wargatua
- Fungsi buah pinggang dan hati menurun apabila umur meningkat.
- Dengan itu adalah penting untuk lebih berhati-hati semasa pemberian ubatan penahan sakit yang sering digunakan bagi wargatua.
- Panadol atau Paracetamol terbukti lebih kurang sama berkesan dengan ibuprofen untuk mengawal kesakitan dan perlu diberi keutamaan berbanding Ubat Antiradang Tanpa Steroid (NSAIDs).
- Ubat Penghalang COX-2 didapati berkesan sama seperti Ubat Antiradang Tanpa Steroid malah kurang kesan sampingan gastrik.Kebelakangan ini ianya terbukti selamat untuk jantung.
- NSAIDs perlu digunakan secara berhati-hati kerana kesan sampingannya seperti gastric, gangguan fungsi buahpinggang, bengkak kaki dan merangsang lemah jantung bagi sesetengah individu.
- Tramadol pula boleh menyebabkan sembelit dan kekeliruan dikalangan wargatua jika tidak berwaspada.
Terapi suntikan dalam sendi
Kaedah terapi ini hanya boleh dilakukan oleh pegawai perubatan yang terlatih sahaja.
Ubatan yang digunakan untuk suntikan dalam sendi adalah:
Kaedah terapi ini hanya boleh dilakukan oleh pegawai perubatan yang terlatih sahaja.
Ubatan yang digunakan untuk suntikan dalam sendi adalah:
- Glucocorticoids
- Hyaluronan
- Topical NSAIDs
- Methylsalicylate liniment (LMS)
- Capsaicin
- NSAID-mengandungi plaster berubat sebagai pilihan lain bagi rawatan arthritis.
- Glucosamine
- Glucosamine soleplate berguna untuk mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi sendi bagi pesakit dengan OA ringan dan sederhana.
- Ia dapat menghentikan penipisan ruang antara sendi dan mengubah kesan jangkapanjang penyakit.
- Jika rawatan ubatan gagal iaitu sakit berterusan, rawatan pembedahan boleh dipertimbangkan.
Pengukuran yang diambilkira untuk memilih kaedah pembedahan terbaik:
- Kebarangkalian untuk berjaya dengan kaedah yang dipilih.
- Komplikasi-komplikasi kaedah tersebut.
Sebelum membuat pilihan kaedah pembedahan terbaik untuk pesakit, factor-faktor berikut perlu diambil kira;
- Umur pesakit.
- Sendi yang terlibat.
- Masa sesuai untuk pembedahan.
- Kepakaran dan kemahiran yang ada.
- Pilihan pembedahan termasuk:
- Arthroscopic debridement
- Ligamentous reconstruction
- Osteotomy
- Unicompartmental arthroplasty
- Total joint arthroplasty
- Arthrodesis
Pembedahan penukaran sendi sepenuhnya adalah pilihan terbaik bagi yang berumur melebihi 60 tahun.
- Kaedah ini melegakan sementara gejala OA lutut yang ringan ke sederhana tetapi ia tidak dapat membetulkan proses degenaratif.
- Pesakit perlu di beritahu dengan jelas komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku dan pembedahan rekonstruktif seterusnya jika perlu.
- Tujuan utama kaedah ini adalah untuk mengurangkan sakit dan memulihkan kestabilan sendi.
- Pesakit perlu diberi kaunseling bahawa prosedur ini bertujuan untuk menyelamatkan sendi dari kerosakan.
- Tujuan utama osteotomy adalah untuk mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi sendi.
- Osteotomy juga digunakan bagi sendi pinggul untuk menghilangkan gejala dan melambatkan pembedahan definitif.
- Secara tradisi, kaedah pembedahan ini digunakan untuk pesakit yang mengalami arthritis sendi lutut yang melibatkan satu bahagian khusus dikalangan pesakit berumur melebihi 60 tahun dan tidak aktif.
- Juga bermenafaat bagi pesakit yang mengalami deformiti sendi yang ringan dan sederhana serta sendi lutut tidak longgar.
- Teknik ini adalah susah dan dilaporkan berjaya dilakukan di pusat rawatan cemerlang.
- Pembedahan menggantikan sendi sepenuhnya adalah pembedahan utama untuk osteoarthritis sendi lutut, pinggul dan bahu.
- Kebanyakan pesakit tidak lagi sakit dan mempunyai fungsi sendi yang hampir normal selepas berjaya di bedah.
- Penukaran sendi sepenuhnya bertahan selama 15 tahun atau lebih bergantung kepada tahap aktiviti fizikal.
- Prosedur ini terbukti berkesan mengurangkan sakit dan kebanyakannya dilakukan keatas sendi tulang belakang, sendi pergelangan tangan, tangan dan kaki.
- Bagi sendi lutut dan pinggul ianya cuma bertujuan untuk menyelamatkan sendi tersebut.
- Pencegahan prima boleh menjadi kenyataan jika semua faktor-faktor risiko di ubah.
- Kebanyakan faktor-faktor risiko ini adalah penting bagi sendi-sendi yang menampung berat badan.
- Mengelakkan kegemukan, penurunan berat badan dan pendidikan Kesihatan mengenai teknik penjagaan dan perlindungan sendi termasuk dari kecederaan adalah digalakkan sebagai langkah pencegahan.
- Adalah penting jika individu berisiko tinggi di kenalpasti untuk pencegahan awal.
Subscribe to:
Posts (Atom)