Pages

Tuesday, November 30, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA.....( mudah-mudahan bermanfaat & boleh diguna pakai (^__^Y

 10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

 Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Ketika Hati Berbicara

Tue la title entry aku ri nie... bunyi cam jiwang sikit.. (macam je la... huhu!)

Hari nie cam besa gak la hari2 yang ku lalui, n sad to say kami belum g cuti seperti yang 'lain2'.. pagi kena attend kelas sampai petang. Tapi macam besa la, mana pena aku full menghadirkan diri kat 'acara2' macam tue. Setakat tunjuk muka p0n kira okey gak la, daripada teda langsung.. kan?!... (^__^V

Kalau ikutkan hati sangat2 memang aku tak nak turun langsung p0n. Bukan apa... Aku sebenarnya agak heran banyak kat rules tempat nie. Kalau nak ikutkan sangat, start 27 hb 11 g kami dah cuti. Tapi ntah kenapa lak tiba2 kena extend cuti g sampai 3/12/2010... Sedih taw.. :'(

Dah tue lucu gak la ku rasa. Apa tak nya, boleh2nya la lepas settle semua exam n segala2nya, kena masuk kelas gak start jam 8am-5pm..(walaup0n aku tak menepatinya.. =P).. Whats the point??... aneh kan. tapi tue la realiti law masuk kat 'tempat' nie. Walaup0n kolej yang sewaktu dengannya sudah selamat memulakan cuti masing2. Tapi kami tetap kena stay d sini. Entah pa benda g yang kena tunggu. Result p0n dah selamat dikeluarkan.. n of course la aku lulus & leh nek sem TAHUN depan. Pointer?? Haha! Rahsia la geng.. Takkan tue p0n maw show of kat sini.

Emm.. InsyaAllah ri sabtu nie aku balik kampung. Tapi as usual, aku lum g taw lagi kat diorang kat kampung, bila aku nak balik. Malas arr sebenarnya nak kecoh sal tue. Nanti dekat time balik aku g taw gak tue. n g satu pening lak kepala ku nak fikir sal packing barang. Last2 semua aku c tinggal je kat sini. lantak lah nak jadi apa, n hopefully la selamat. Sape gak yang nak benda tak baik belaku kat diri kan.

Sebenarnya banyak benda dah aku planning nak buat tuk cuti sem nie, tapi tak taw arr boleh jalan ke tak. Masalhnya macam besa la, tak lain tak bukan pasal $$$$...... Tengok la keadaan time tue, kalau mengizinkan mungkin berjaya la planning aku tue. kalau tak p0n, duk je la diam2 kat rumah. Nak susah apa kan? Tapi sedih je la.

Hampir2 lupa lak nak sebut sal nie.. kalau boleh aku nak elak diri dari dia g. Macam sebelum nie. Bukan apa, aku sebenarnya malas dah nak layan kerenah dia tue. G p0n aku rasa macam ada something yang buat aku tambah kurang yakin ngan dia tue. What ever.... Yang pasti aku try my best tuk elak dari dia. Kejam ker?? Tak la.... Sikit jer. Hehee..... Mungkin aku bukan 'tulang rusuk' dia... Cheewahh.. haha!

Sebenarnya pa yang aku story hari nie tak de p0n kena-mengena ngan entry kat atas tue. Saje jer buat post yang agak gempak sikit. gempak ke?? haha.... memandai jer. K arr... Cau dulu. Da pa2 nanti i will write later.
(>^^,)>


Friday, November 26, 2010

BlackBerry® Bold™ 9780 | Jantungku Berdegup Kencang

48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.

BlackBerry® Bold™ 9780

Oh, Blackberry of Blackberry .Yup, Smartphones @ Blackberry kini adalah suatu kemestian terutamanya insan sepertiku, memudahkan kerja di pejabat, rumah dan juga kegiatan berbloggingku dengan lebih mudah.
Lebih teruja bila model BlackBerry® Bold™ 9780 kini muncul di pasaran. Oh,alangkah indahnya jika ianya menjadi milikku. Sungguh indah dan mengujakan jika aku dapat memilikinya. BlackBerry® Bold™ 9780 , teruja aku denganmu :
Antara sebab kenapa aku mahukan BlackBerry® Bold™ 9780 :


1) Spesifikasi yang mengujakan dan Hebat

Antaranya :

- Menggunakan BlackBerry® 6 OS, dapat surf internet dengan lebih pantas dengan gambar yang lebih cantik.
Bateri yang lebih tahan lama. Yiezaa, kuasa baterinya antara yang paling hebat dibandingkan dengan Blackberry yang lain ( 6jam berbual dan 38 jam layan muzik, fuhh,ble bergayut lama-lama macam zaman couple-couple dulu)

Kemudahan Wifi. Blogger macam saya mestila seronok. Dapat surf internet dengan lelebih banyak pilihan.
3G Network Support. Best-best, more coverage di tempat yang sukar dapat line.

- "High resolution screen". Bolehla layan video dengan lebih mengujakan.
Ada Micro SD. Mudahla camni, kalau tak bawa kamera, snapje gambar dengan BB dan uploadkan dengan mudah ke lappy. Good for me.

2) Upgrade version of Blackberry Bold 9700

Mutu diperbaiki dengan 5.0 MP Kamera (gambar lebih cantik), Flash Memory yang lebih besar, dan OS System yang lebih bagus daripada sebelum ini. Wah, ini yang buat saya makin teruja. Yerlah, kalau baca review Blackberry Bold 9700 dari TehtarikMemoirs pun sudah teruja, inikan pula Blackberry Bold 9780. Sayang, hadiahkan untuk abang this BB for me boleh?

Aku mahukan BlackBerry® Bold™ 9780 dan saya rasakan  Celcom adalah tempat yang terbaik buatku untuk mendapatkannya. Kenapa saya pilih Celcom?Kenapa,kenapa?Usah ditanya,banyak sebabnya.Alang-alang korang tanya juga, inilah sebabnya :

1) Saya Pengguna Setia Celcom dan sepanjang lebih 5 tahun bersamanya, Celcom tidak pernah mengecewakan saya

2) Harga Yang Berpatutan dengan :
Celcom Executive Plan Yang Menarik
Celcom Biz Plan Pun tak kurang hebatnya

Pakej kontrak 12 bulan adalah sekitar budget saya iaitu kurang dari RM2,000 dengan bayaran bulanan di antara RM118-RM250 yang boleh dipilih. 

Celcom juga adalah yang pertama melancarkan Blackberry Bold 9780@Blackberry Bold 3 yang telah dilancarkan pada Go Mobile! 2010, Kuala Lumpur Convention Centre pada 13-14 November yang lepas dengan sambutan yang begitu menggalakkan beserta hadiah menarik untuk dimenangi antaranya Motosikal Modenas, handset dan pelbagai lagi. Jadi mudahlah saya mahu bertwitter, check e-mail, Facebook , dan juga internet tidak kira masa dan tempat .

2) Coverage yang lebih meluas. Semasa menyertai MySelangorStory 2010 pelbagai lokasi kami jelajahi antaranya Genting Highlands, Homestay, Air Terjun dan pelbagai lagi. Salah seorang blogger masa itu iaitu Azuanzahdi menggunakan pakej Blackberry dari Celcom dan ianya begitu memuaskan dengan pelbagai lokasi yang terpencil masih boleh access internet menggunakan Blackberry. Yes, bagi saya yang suka travel, coverage begitu penting. 

Oh, selain  BlackBerry® Bold™ 9780, promosi BlackBerry® Torch™ 9800 tidak kurang hebatnya dari Celcom. Promosi menarik dan antara kelebihan BB ini bolehla refer dari salah seorang pemenang phone ini sempena Contest yang telah dianjurkan bersama oleh Nuffnang dan Celcom : I Love Celcom I Love Torch

Promosi menarik , jika anda grab BlackBerry® Bold™ 9780 atau BlackBerry® Torch™ 9800 sekarang, anda bakal membawa pulang freegift ini dari Celcom :

BlackBerry® Bold™ 9780
BlackBerry® Torch™ 9800

Lebih lanjut berkenaan Promosi dan tawaran menarik dari Celcom ini, bolehla terjah di SINI

Oh, jantungku berdegup kencang, adakah BlackBerry® Bold™ 9780 akan menjadi milikku? Aku teruja lebih-lebih lagi bila baca entry BeatifulNara yang membuatkannya meleleh air liur, 

Wednesday, November 24, 2010

Inspirational quotes every nurse should read

“Constant attention by a good nurse may be just as important as a major operation by a surgeon.”
– Dag Hammarskjold

“To do what nobody else will do, a way that nobody else can do, in spite of all we go through; that is to be a nurse.”
– Rawsi Williams

“The trained nurse has become one of the great blessings of humanity, taking a place beside the physician and the priest.”
– William Osler

“Panic plays no part in the training of a nurse.”
– Elizabeth Kenny

“The most important practical lesson than can be given to nurses is to teach them what to observe.”
– Florence Nightingale

“Nurses may not be angels, but they are the next best thing.”
– Anonymous Patient

“Nurses dispense comfort, compassion, and caring without even a prescription.”
– Val Saintsbury

N-uturing
        U-nderstanding
    R-eally great
    S-uper smart
               E-ager to work hard!

“Nursing encompasses an art, a humanistic orientation, a feeling for the value of the individual, and an intuitive sense of ethics, and of the appropriateness of action taken.”
– Myrtle Aydelotte

“Nursing is an art: and if it is to be made an art, it requires an exclusive devotion as hard a preparation, as any painter’s or sculptor’s work; for what is the having to do with dead canvas or dead marble, compared with having to do with the living body, the temple of God’s spirit? It is one of the Fine Arts: I had almost said, the finest of Fine Arts.”
- Florence Nightingale

“Whether a person is a male or female, a nurse is a nurse.”
- Gary Veale

“We often think of nursing as giving meds on time, checking an X-ray to see if the doctor needs to be called, or taking an admission at 2:00 a.m. with a smile on our faces. Too often, we forget all the other things that make our job what it truly is—caring and having a desire to make a difference.”
- Erin Pettengill, RN, quoted in RN Modern Medicine

“Bound by paperwork, short on hands, sleep, and energy… nurses are rarely short on caring.”
- Sharon Hudacek

“Our job as nurses is to cushion the sorrow and celebrate the joy, everyday, while we are ‘just doing our jobs.’”
- Christine Belle, RN, BSN